Thursday, June 10, 2010

Rusa Pedaging


 
 
  • Kadar beranak yang tinggi 80 - 90%

  • Ternakan yang tahan hujan dan panas

  • Kadar kematian anak yang rendah 2 - 5%

  • Rusa tidak memilih rumput yang dimakan

  • Daging kurang lemak dan kolestrol serta sedap

  • Dressing percentage dalam lingkungan 60%

  • Rusa cekap menukar rumput kepada daging

  • Perusahaan ternakan yang cepat mengembang serta menggunakan kurang keluasan tanah berbanding dengan ternakan bebiri atau lembu

  • Mendatangkan hasil yang lebih tinggi - 1 ekar/tahun/RM15,000.00


Penternakan Itik


Biasanya itik dibela di kawasan yang berparit atau berkolam kerana dipercayai itik memerlukannya dalam kehidupan untuk membesar dan membiak.  Kebelakangan ini didapati bahawa itik-itk yang dibela secara intensif tanpa air untuk berenang lebih cepat membesar dari sebaliknya.  Dengan menggunakan baka yang baik, pengurusan yang sempurna dan makanan yang seimbang, itik pedaging lebih cepat membesar daripada ayam.
Catatan ini akan memberi panduan secara ringkas mengenai baka, makanan dan pengurusan yang boleh membantu mereka yang berminat untuk memelihara itik jurusan daging.

Baka itik pedaging
(a)   Pekin
(b)   Aylesbury
(c)   Rouen
(d)   Cherry Valley
(e)   Muscovy

Lembu Pedaging

Seorang penternak biasanya menternak tidak lebih 5 ekor lembu. Ternakan itu dianggap sebagai satu tabungan untuk mendapatkan wang di mana terdesak atau untuk kegunaan kenduri perkahwinan anggota keluarga penternak tersebut.

Apabila jumlah lembu telah melebihi 20 ekor, aktiviti penternakan secara sambilan terpaksa ditukar kepada usaha sepenuh masa. Usaha komersial seperti ini semakin popular ketika ini kerana ianya terbukti mempunyai daya maju dan sangat menguntungkan.

Tujuan menternak lembu pedaging ialah:
  • untuk mendapatkan hasil daging
  • untuk meningkatkan pendapatan sama ada pendapatan utama atau pendapatan tambahan.
     
Menternak lembu pedaging adalah lebih mudah berbanding dengan lembu tenusu. Hasil lembu pedaging akan diperolehi setelah lembu-lembu dijual, sama ada sebagai lembu untuk sembelih atau untuk pembiakan. Dengan pengurusan dan penjagaan yang baik, lembu-lembu pedaging akan lebih sihat, gemuk dan memberikan hasil yang lumayan.

Wednesday, June 9, 2010

Penternakan Ayam Kampung Secara Kecil-kecilan

PENDAHULUAN

Aktiviti penternakan ayam kampong telah ujud zaman berzaman sejak datuk nenek kita dahulu. Generasi pertama ayam atau nama saintifiknya Gallus domesticus adalah dari keturunan ayam hutan merah (Gallus gallus) . Dengan kemasukan pedagang-pedagang dari Negeri China lahirlah generasi kedua ayam kampong iaitu kacukan diantara ayam kampong generasi pertama dengan ayam kampong Canton dari Negeri China. Generasi ketiga ayam kampong adalah terhasil dari kacukan beberapa baka asli dari luar negeri yang dibawa oleh penjajah Eropah dengan generasi kedua ayam kampong. Dengan ketiadaan sistem kacukan yang dirancang dan terkawal maka terhasillah berbagai-bagai ayam kampong yang dapat kita lihat hari ini . Adalah sukar untuk menghuraikan jenis-jenis ayam kampong dari sifat-sifat fizikalnya. Perbezaan ketara adalah dari saiz badan juga menjadikan ayam kampong mempunyai ciri-ciri keunikannya tersendiri. Maka lahirlah berbagai gelaran ayam kampong seperti Ayam Botak, Ayam Bulu Balik, Ayam Selasih, Ayam Janggut, Ayam Laga atau Sabung, Ayam Togel, ayam Katik atau Ayam Jepun dan bermacam-macam lagi gelaran mengikut tempat dan loghat.

TUJUAN MEMELIHARA AYAM KAMPONG

Adalah untuk menggalakkan penternak kecil memelihara ayam kampong. melalui aktiviti ini negara dapat mengimport bahan-bahan makanan ayam disamping meningkatkan pengeluaran bahan-bahan makanan ayam tempatan. Disamping itu;
# Telur dan daging untuk makanan keluarga
# Telur boleh ditetaskan untuk pembiakan
# Andai berlebihan boleh dijual untuk menambah pendapatan.

KEISTIMEWAAN AYAM KAMPONG
# Boleh dibiakkan sepanjang tahun
# Boleh dipelihara secara bebas pada waktu siang
# Sisa makanan rumah boleh diberikan tanpa had
# Ibu dapat menetaskan telur dengan sendirinya.
# Ibu boleh mengawal anak-anaknya dari cuaca sejuk dan gangguan musuh.

SISTEM PERUMAHAN
# Reban diperlukan untuk melindungi daripada cuaca buruk dan gangguan musuh. Boleh dibuat menggunakan ” Sistem Lantai Atas ” atau ” Sistem Lantai Bawah .
# 1 ekor ayam memerlukan 1 kaki persegi. Jika 20 ekor ayam, keluasan lantai ialah 20 ekor kaki persegi. reban seluas 4 kaki x 5 kaki memadai.
# kayu hutan, kayu sayung, buluh , dawai mata punai atau pukat
# gunakan peralatan makan/minum yang murah.

PEMAKANAN AYAM

Terdapat dua (2) jenis makanan iaitu:-
# Makanan komersil/dagangan
# Makanan Ayam Permulaan (Layer Starter Mash)
# Makanan Ayam Membesar (Layer Grower Mash/Pellet)
# Makanan Ayam Penghabisan (Layer Finisher Mash/Pellet)
# Makanan Campuran atau Sisa Makanan
# Lebihan nasi, hampas kelapa, isi kelapa
# Dedak, beras hancur, padi, ubi kayu/keledek
# Ikan baja dan lain-lain

PENGURUSAN

Pengurusan anak (1 hari – 4 minggu)
# Pastikan anak ayam mendapatkan suntikan pencegahan penyakit
# Beri makanan bermutu dan minuman secukupnya
# Pastikan ada lampu untuk memberi kepanasan sehingga umur 2 minggu

Peringkat membesar hingga bertelur (4 minggu – 22 minggu)
# Pastikan anak ayam mendapat suntikan pencegahan penyakit
# Boleh dilepaskan pada siang hari
# Makanan campuran atau lebihan sisa makan boleh diberi
# Sediakan sarang bertelur
# Elakkan mengganggu ibu yang sedang mengeram

PEMBIAKAN
# Melibatkan perkahwinan secara tabie/asli
# 1 ekor ayam jantan untuk 10 ekor ayam betina
# Dipelihara di dalam reban dengan penyediaan sarang bertelur
# Tempat yang sunyi,kering dan bebas dari gangguan
# Kebiasaan boleh mengeram sehingga 15 biji telur dalam jangkamasa 21 hari.

KAWALAN DAN PENCEGAHAN PENYAKIT

Penyakit ayam boleh disebabkan oleh:-
# Warisan
# Pemakanan
# Pengurusan
# Persekitaran
# Jangkitan

Langkah-langkah Pencegahan Penyakit
# Reban sentiasa bersih
# Anak ayam bebas dari penyakit
# Jauh dari ternakan dan haiwan lain
# Pelawat perlu dikawal
# Pencegahan adalah lebih baik dari rawatan
# Semua ayam perlu diberi suntikan pencegahan penyakit
# Ayam yang mati hendaklah ditanam atau dibakar untuk mengelakkan jangkitan kepada yang sihat.

Program Pencegahan penyakit
# Umur 1 hari – Sampar Ayam “F” (Biasanya telah dibuat ditempat penetasan)
# Umur 3 – 4 minggu – Cacar Puru ayam dan Sampar “F”
# Umur 6 – 8 minggu – Sampar ” S “


Tanda-tanda Am Ayam Berpenyakit
# Kurang nafsu makan
# Monyok dan tidak aktif
# Pucat, bersin, keluar hingus dari hidung
# Muka bengkak
# Berak cair atau berdarah
# Gangguan saraf seperti sayap lemah, kaki lemah, kepala berputar dan sebagainya.

JENIS-JENIS PENYAKIT AYAM
# Sampar ayam (ND)
# Penyakit Gumboro (IBD)
# Puru
# Salmonellosis
# Pasteurellosis
# Lain-lain

Sekiranya ayam-ayam anda menunjukkan tanda-tanda penyakit, sila dapatkan nasihat daripada pegawai di Jabatan Perkhidmatan Haiwan yang berdekatan.

Thursday, June 3, 2010

Daging Rusa RM50/KG !!!

KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) — Promosi yang terhad dan bekalan yang tidak mencukupi selain harga yang mahal mengekang perkembangan pasaran daging rusa dan burung unta dalam negara, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari Rabu.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mustapa Mohamed berkata ini juga kerana syarikat yang terlibat dalam penternakan haiwan itu sangat kecil walaupun potensi untuk mengembangkan industri itu amat besar.

“Promosinya terhad kerana bilangan syarikat atau individu terlibat tidaklah begitu ramai tetapi potensinya cukup besar kerana kedua-dua jenis daging ini mengandungi protein yang tinggi dan kolestrol rendah.

“Tetapi oleh kerana bekalan terhad maka ini mengekang perkembangan pasaran dan harganya pun agak tinggi di mana daging rusa berharga RM40 hingga RM50 sekilogram,” katanya menjawab soalan tambahan Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang) di sini.

Mustapa berkata kementerian melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar sentiasa memberi bantuan dalam bentuk khidmat nasihat dan teknikal kepada penternak selain Agro Bank yang sentiasa bersedia untuk menimbangkan permohonan pinjaman daripada penternak yang berminat.

“Memandangkan penternakan rusa dan burung unta ini mempunyai potensi besar untuk industri hiliran dan pelancongan agro, maka kerajaan akan menggalakkan penternakan haiwan ini dan jabatan juga menerima beberapa cadangan untuk memajukan sektor ternakan haiwan terbabit dan akan memberi pertimbangan serius terhadap cadangan itu,” katanya.

Terdahulu ketika menjawab soalan asal Datuk Seri Azmi Khalid (BN-Padang Besar), Mustapa berkata Jabatan Perkhidmatan Veterinar mempunyai dua buah ladang rusa iaitu di Sungai Siput dan Lenggong, Perak.

“Pada masa ini jumlah rusa yang diternak ialah kira-kira 1,113 ekor di Sungai Siput dan 1,200 ekor di Lenggong manakala burung unta sebanyak 115 ekor di Sungai Siput,” katanya.

Monday, May 31, 2010

Potensi Pasaran Puyuh

Pengenalan

Penternakan puyuh telah lama dipelihara oleh penternak puyuh tempatan. Hasil utama penternakan ini adalah telur puyuh yang telah sedia ada pasaran tersendiri dan terhad. Pengeluaran daging untuk dimakan adalah dari hasil sampingan penternakan puyuh penelur ini. Puyuh jantan yang tidak diperlukan untuk pengeluaran telur akan diproses dan dijual . Begitu juga puyuh-puyuh penelur yang tua akan diproses dan dijual sebagai daging puyuh. Bagi penternak khusus untuk pengeluaran daging puyuh didapati menggunakan puyuh jenis penelur. Walaupun demikian ada juga terdapat pemeliharaan dari jenis puyuh berbadan besar dari baka yang diimport. Penternakan puyuh masih ditahap kecilan kerana ramai yang menganggap penternakan ini susah untuk mencapai ketahap komersil. Kebanyakan penternakan puyuh mengamalkan cara penternakan yang tradisional. Pembekalan anak puyuh adalah sangat terhad. Punca anak puyuh adalah samada dari ladang sendiri atau dibeli dari penternak lain yang mempunyai penternakan puyuh baka. Kebanyakan penternak puyuh tempatan menggunakan satu jenis puyuh untuk pengeluaran telur dan daging. Penternak baka induk puyuh menggunakan sistem pembiakan kaedah pusingan dimana anak menggantikan induk. Apabila stok induk telah tua dan perlu diganti maka penternak ini akan mengambil telur-telur dari stok ini untuk ditetaskan dan kemudian dijadikan stok induk. Cara penternakan ini telah berjalan dengan lamanya dan didapati hasil pengeluaran dan prestasi puyuh semakin merosot atau tiada perubahan.

Bagi maksud pembangunan industri ini pengkhususan pemeliharaan amatlah penting dijalankan. Pengusaha puyuh perlu menggunakan baka yang sesuai bagi maksud pengeluaran sesuatu komoditi puyuh. Bagi tujuan pengeluaran daging puyuh maka penggunaan baka dari berbadan besar dengan efisiensi pengeluaran yang baik hendaklah digunakan. Pembekalan baka yang bermutu perlu diadakan untuk menjamin efisiensi pengeluaran dapat membawa industri ini ketahap yang lebih menguntungkan. Jabatan Perkhidmatan Haiwan ada mengeluarkan puyuh pedaging berkualiti dengan jenama PUYUH IKTA yang sedang tersebar luas digunakan oleh pengusaha puyuh baka pedaging. PUYUH IKTA dijamin berkualiti tinggi. Puyuh yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan menjalani pembiakan yang terkawal bagi menjamin peningkatan prestasi.

Pengambilan daging puyuh masih ditahap yang rendah kerana pendedahan masyarakat keatas daging puyuh masih terhad. Langkah-langkah memperkenalkan komoditi ini kepada orang ramai sedang giat dijalankan dan dijangka pengambilan keatas daging puyuh ini akan meningkat.

Struktur Industri

Dari tinjauan yang dibuat didapati struktur penternakan puyuh ini sangat kompleks. Ada terdapat bebrapa kategori ladang yang terlibat dengan penternakan puyuh ini. menunjukkan jenis pengusaha puyuh mengikut kategori di Malaysia. Ada pengusaha yang terlibat dengan pengeluaran anak untuk kegunaan daging dan telur. Terdapat pengusaha yang menternak puyuh dari jenis pedaging dan penelur. Walaupun demikian pengusaha puyuh pedaging adalah tertinggi dan merupakan 60% dari jumlah penternak. Penternakan yang mempunyai baka induk dan kemudahan penetasan adalah sebanyak 30 % dari jumlah penternak. Penternak dari kategori ini berperanan membekalkan keperluan anak puyuh kepada industri. Negeri-negeri Perak dan Kelantan mempunyai bilangan pengusaha yang tertinggi.

Pecahan pengusaha mengikut saiz penternakan. Seramai 23 % dari jumlah keseluruhan pengusaha mempunyai populasi penternakan kurang dari 1000 ekor. Sais ladang yang terbanyak adalah diantara 1000 - 3000 ekor. Hanya 12% penternak yang mempunyai sais ladang melebihi 10,000 ekor. Dari maklumat ini didapati kebanyakan pengusaha ternakan puyuh adalah secara kecilan sahaja.

Monday, July 6, 2009

PENTERNAK JUTAWAN

Untuk memudahkan pelayar blog ini, sila layari www.rahsiapenternak.com



Rahsia BISNES 7 Pedaging TERBONGKAR
dalam
RAHSIA&PELUANG MENJADI PENTERNAK JUTAWAN


Assalamualaikum wbt....

Memiliki sebuah pekerjaan yang tetap sememangnya sesuatu yang baik. Tetapi.. menjadikan  pekerjaan tetap anda itu sebagai "satu-satunya sumber pendapatan" di dalam hidup, adalah sesuatu yang amat merbahaya. Saya pasti anda menyedari akan hakikat ini. Ianya seperti anda sedang berpaut di sebatang dahan, jika patah dahan tersebut, anda akan terus hanyut dibawa arus.  Macam-macam boleh berlaku, lebih-lebih lagi di waktu-waktu zaman kegawatan ekonomi ini, anda mungkin menjadi mangsa seterusnya, dibuang kerja, dipaksa mengambil cuti tanpa gaji, dipotong bayaran elaun ataupun dipaksa menyertai Skim Pemberhentian Pekerja Secara Sukarela (VSS). Jangan biarkan diri anda menjadi mangsa !

Klik keratan akhbar dibawah !












Kebanyakan antara kita sering tertanya-tanya adakah masih ada peluang lagikah untuk mereka meneruskan kehidupan atau kerjaya dengan gaji yang semakin hari semakin mengecil akibat dari peningkatan kos sara hidup yang semakin tinggi walaupun angka gajinya tetap sama.

Ada pula yang masih belajar di IPTA ataupun IPTS masih terkial-kial menentukan haluan hidup selepas tamat belajar. Dan yang sudah graduate, masih tercari-cari kerja yang sama taraf dengan kelayakan mereka, ada pula yang memiliki ijazah sedang bekerja di sebuah syarikat yang memerlukan kelayakan hanya SPM.


Tidak kurang pula penjawat awam mahupun swasta khususnya staf-staf berjawatan rendah yang sentiasa dibebani masalah kewangan, ada pula yang berpuas hati dengan hidup mereka walaupun gaji yang hanya cukup-cukup makan ada kalanya merungut akibat ketiadaan wang yang mencukupi membeli barangan keperluan, dan sentiasa iri hati dengan kekayaan dan kemewahan orang lain.


Bagi penduduk luar bandar yang memiliki tanah yang luas, tetapi kelihatan “hidup segan mati tak mahu” yang tidak tahu apakah yang mereka patut usahakan di atas tanah mereka sendiri dan juga bagi anak-anak luar bandar yang keciciran dari memasuki sekolah mahupun IPT yang ingin mengubah gaya hidup yang mahu menjadi manusia yang berguna pada keluarga dan masyarakat seharusnya menyedari rezeki Allah itu maha luas dan tiada penghabisan. Allah telah berfirman “Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu sendiri mengubah nasibnya”


Hari ini saya cuba berfikir dan menyusun beberapa tips ringkas untuk memperkenalkan sebuah manual penternakan tersebut untuk dijadikan sebagai panduan tepat kepada bakal pengusaha penternakan atau lebih tepat bakal PenternakJutawan..

Buku ini ditulis untuk memberikan kesedaran akan potensi-potensi 7 jenis haiwan pedaging iaitu, keli, kambing, rusa, lembu,puyuh, ayam dan itik yang berdaya maju dan sangat-sangat menguntungkan.
Buku ini diterbitkan atas rasa bertanggungjawab dan ingin membantu golongan-golongan yang saya sebutkan di atas.

Buku ini juga memberi gambaran awal dan info mengenai tujuh haiwan ternakan tersebut dari mula menternak sehingga memasarkannya, kepada bakal usahawan yang mahu berkecimpung dalam bidang ini, pasaran haiwan-haiwan ini adalah sentiasa tidak mencukupi malah permintaannya semakin bertambah, diharapkan buku ini dapat membantu anda semua, Insya-allah, Allah sentiasa bersama anda. Saya sentiasa mendoakan kejayaan anda semua.






Pada masa ini, lebih 1000 panggilan ke telefon bimbit saya 017-6686256 selepas 3 bulan pelancaran blog PenternakJutawan ini.Bayangkan 1000 panggilan ! Ini menyebabkan saya menerima banyak pertanyaan berkaitan buku saya berjudul “Rahsia&Peluang Menjadi Penternak Jutawan”.

Soalan bukan sahaja tentang “penternakan” tetapi juga tentang “teknologi penternakan” secara umum, panduan menternak, pasaran pelbagai jenis haiwan pedaging, masalah ternakan, begitu juga dengan bagaimana untuk mendapatkan benih-benih tertentu.

Malah ada yang menghantar sms seringkas berikut:
“Saya minat nak jadi penternak”. Bagaimana nak mula? Boleh terangkan dari mula sampai peringkat pasaran?

Soalan pertama yang harus anda tanyakan kepada diri anda sebelum memiliki buku ini, ialah;

Kenapa anda nak jadi PenternakJutawan?

Sebagai hobi atau untuk mencari pendapatan tambahan atau untuk membina pendapatan utama?

Jika sebagai hobi, anda akan membelanjakan wang untuk memenuhi kepuasan anda. Anda tidak mementingkan pulangan dalam bentuk wang. Anda tidak mahu menjualnya. Anda ingin “memiliki” haiwan pedaging yang tercantik dan terhebat apabila dipandang.

Jika anda ingin mencari pendapatan lumayan atau utama dengan menternak, anda perlu melakukan perkara UTAMA berikut:


Mendapatkan informasi asas yang utama - selengkap mungkin :

Dalam jangkamasa yang sesingkat 3 bulan ini, berbagai-bagai soalan diterima melalui sms mahupun panggilan telefon, dan sering kali, soalan yang sama berulang-ulang kali diterima!

Khas bagi mereka yang masih lagi kurang jelas tentang bidang penternakan, buku ini mengambil pendekatan mudah untuk difahami dengan memberi contoh serta idea-idea di mana pembaca dapat mengimplementasikan secara segera apabila menjalankan bisnes penternakan ini.

Mudah-mudahan, buku ini dapat membantu anda dalam menerokai dunia penternakan yang lumayan ini.




Antara soalan-soalan yang terjawab di dalam buku ini termasuk...

Ada contoh KERTAS KERJA tak?
Boleh saya tahu potensi pasaran 7 Pedaging : Ayam, Itik, Lembu, Kambing, Puyuh, Rusa dan Ikan Keli ?
Ada keperluan pasaran tak? siapa, di mana, banyak mana? bila nak?
Berapa harga pasaran?
Berapa kos - kos anak benih, makanan, air, elektrik, bahan api, upah, gaji, pengangkutan dan lain-lain?
Berapa lama masa untuk menternak?
Macam mana nak ternak, besar mana kolam @ kandang @ reban, berapa ekor boleh masuk, banyak mana air, apa nak kasi makan, banyak mana nak kasi makan, bila nak kasi makan, benih berapa inci nak masuk, apa tanda - tanda penyakit, apa nak buat kalau ada penyakit?
Apa FAMA boleh bantu (jika ada), dan seumpamanya?

.....dan banyak lagi!


Untuk memudahkan pelayar blog ini, sila layari www.rahsiapenternak.com
Bagaimana nak cari maklumat di atas?

Adakalanya, anda sering mencari maklumat mengenai penternakan yang ingin anda usahakan, masalah sering timbul seperti : 
 

Internet, percuma. Tetapi terhad dan berterabur.
 
Menghadiri kursus, boleh tanya mentor sampai bila-bila. Tetapi betulkah  penganjur kursus tahu dan reti dengan apa yang dia nak anjurkan? Anda pasti memikirkan banyak kali lebih-lebih lagi yuran yang dikenakan tidak berpatutan dan mahal. 

Jumpa dan belajar dengan penternak yang dah berjaya. Tetapi mahukah      mereka berkongsi kejayaan mereka dengan anda? 

        Bagaimana buku ini membantu anda ?

        Buku ini mengandungi jawapan dari soalan-soalan lazim mengenai bisnes penternakan yang sering ditanya. Tujuan buku ini ditulis adalah untuk memberi gambaran yang lebih jelas kepada anda mengenai perniagaan penternakan dan menjawab soalan-soalan yang terdapat dalam fikiran anda.
         





        Tindakan anda selepas memiliki buku ini ?


        Menyediakan bajet


        Cara terbaik dengan duit sendiri. Kedua duit kawan-kawan. Boleh JV dengan kawan rapat. Duit ahli keluarga khusus mak/ayah atau adik-beradik. Jika layak dan boleh dapat pinjaman bank, teruskan. Jika ada dan boleh dapat geran, teruskan.
         

        Memulakan projek. Memperuntukkan masa dan tenaga kerja.


        • Setiap informasi yang diterima didalam buku ini,anda boleh memilih perusahaan penternakan yang anda minati sesuai dengan kemampuan anda dan merangka pelan tindakan mengikut prioriti.
        • Fikirkan, tuliskan, susunkan informasi, dan mula merangka tindakan mengikut kata hati anda.TEPUK DADA,TANYA SELERA !

         Buku Terlaris Di Kedai Buku MPH !
        Untuk memudahkan pelayar blog ini, sila layari www.rahsiapenternak.com

        Apa yang menarik mengenai buku ini?


        Ianya menghimpunkan panduan bagaimana menjadi penternak yang berjaya. Ini termasuklah bagaimana menternak 7 haiwan pedaging seperti Lembu, Kambing, Ayam, Itik, Puyuh, Rusa dan Ikan Keli hanya dalam sebuah buku !

        Selain itu, buku ini turut memuatkan panduan bagaimana hendak memasarkan hasil ternakan melalui FAMA, bagaimana mendapatkan bantuan pinjaman daripada pelbagai pihak, dan bagaimana menyediakan rancangan perniagaan.

        Turut disediakan contoh Kertas Rancangan Perniagaan TERBAIK bagi memohon pembiayaan modal (Kerjasama dari Agrobank)


        Isi Kandungan Buku
        ISI KANDUNGAN

        i. Dari Penulis
        ii. Pengenalan
        iii. Sinopsis Buku
        iv. Rahsia Bisnes Orang Cina

        1.Panduan Menternak Lembu Pedaging

        Baka lembu pedaging
        Aktiviti pembiakan
        Aktiviti penggemukan
        Menjual Ternakan
        Contoh Aliran Tunai

        2.Panduan Menternak Kambing
        Pendahuluan
        Cara-cara memilih baka yang baik
        Pemeliharaan untuk tujuan pengeluaran daging
        Panduan perumahan
        Pengurusan am
        Cara pembiakan
        Makanan dan minuman
        Aliran kewangan

        3.Panduan Menternak Puyuh Pedaging
        Perancangan projek
        Ladang
        Pengurusan
        Pemasaran
        Senarai pengusaha puyuh

        4.Panduan Menternak Ayam
        Perancangan projek
        Keperluan asas ladang
        Pemasaran

        5.Panduan Menternak Itik Muscovy (Pedaging)
        Operasi dan pengurusan
        Pembangunan ladang
        Pemasaran

        6.Panduan Menternak Rusa
        Pendahuluan
        Infrastruktur ladang
        Kesihatan penyakit
        Penggunaan barangan rusa lain

        7.Panduan Penternakan Dan Pembenihan Ikan Keli
        Kelebihan penternakan ikan keli (kanvas)
        Kaedah pembenihan ikan keli
        Pengkulturan ikan keli di sawah

        8.Pemasaran Melalui F.A.M.A
        Mengenai F.A.M.A
        Bagaimana F.A.M.A memasarkan ternakan anda melalui
        Kontrak Pemasaran Produk Segar?
        Permohonan menyertai kontrak pemasaran

        9.Pembiayaan Pinjaman
        Bagaimana AGROBANK membiayai modal anda dalam penternakan?
        Senarai pembiaya modal yang lain

        10.Rancangan Perniagaan
        Panduan menyediakan kertas rancangan perniagaan (RP)
        Contoh kertas rancangan perniagaan (RP)
        Proforma aliran kewangan

        11.Himpunan Koleksi Kisah-Kisah Kejayaan Penternak
        Menternak rusa tidak sesukar disangka
        Zainuddin bakal jutawan kambing
        Ternakan kambing Boer mampu jana pendapatan
        Muzik hilangkan stress puyuh
        Ikan Keli – Dua sahabat bergabung tenaga




        Untuk memudahkan pelayar blog ini, sila layari www.rahsiapenternak.com

        Berapa Nilai dan Harga Buku Ini?

        Jika diikutkan, sekiranya anda hendak belajar bagaimana menjadi penternak berjaya melalui seminar yang dianjurkan di luar sana, anda perlu bayar tidak kurang daripada RM200 untuk setiap kursus penternakan.

        Sebagai contoh :


        Kursus pembenihan & penternakan ikan keli RM200
        Kursus penternakan puyuh RM200
        kursus penternakan kambing pedaging RM200
        Kursus penternakan rusa RM200
        kursus penternakan itik pedaging RM200
        Kursus penternakan lembu RM200
        Kursus penternakan ayam pedaging RM200
        Seminar penyediaan Kertas Kerja RM200
          Anak_Panah_Bawah

          Jumlah RM1,600 !

          Jadi adakah anda perlu bayar RM1,600 juga bagi membeli buku saya.Tidak. Anda tidak perlu bayar RM1,600. Anda juga tidak perlu bayar RM1,000. Tidak juga RM500. Anda cuma perlu bayar RM35 sahaja. Ianya tidak semahal kos bagi menghadiri seminar yang dianjurkan di luar sana. Tetapi nilai buku saya ini bersamaan dengan nilai seminar di luar sana. Bahkan lebih lagi.

          RM35 ini termasuk dengan kos penghantaran kepada anda menggunakan pos ekspres. Ini kerana buku yang saya jual ini bukan e-book. Tetapi ianya BUKU FIZIKAL sama seperti yang dijual di kedai buku.

          Bayangkan, dengan hanya membuat pelaburan serendah RM35 bagi membeli buku ini, anda bakal menjana lebih daripada RM10,000 sebulan. Bahkan anda mungkin dapat lebih daripada itu.

          Untuk memudahkan pelayar blog ini, sila layari www.rahsiapenternak.com

          Bagaimana Mendapatkan Buku Ini?

          Anda boleh dapatkan buku ini dengan membeli terus daripada saya melalui internet. Sila pilih salah satu daripada kaedah bayaran seperti di bawah.



          Bagaimana Kaedah Penghantaran?

          Buku ini akan dihantar menggunakan Pos Ekspres.Buku ini akan dihantar sebaik sahaja saya menerima bayaran yang anda buat. 

          Apa Jaminan Saya Kepada Anda ?
           
          Perniagaan online saya adalah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atas nama PUSTAKA AL AZHAR dengan no.pendaftaran 001806492-U. Anda boleh membuat semakan di SSM dengan melayari www.ssm.com.my

          Berniaga secara jujur,telus dan tulus adalah prinsip saya. Anda bolehlah membeli dari saya tanpa was-was. Sebagai balasan di atas kepercayaan anda terhadap saya. Saya dahulukan ucapan terima kasih dan saya akan menghantar buku anda dengan selamat walau dimana anda berada.

          Untuk memudahkan pelayar blog ini, sila layari www.rahsiapenternak.com

          Salam mesra dari saya,
          Ahmad Rustam Amir
          0176686256
          admin@rahsiapenternak.com

          Kaedah Bayaran
          1. Pindah wang RM35 melalui Maybank2u / bank transfer

          Bank Maybank
          No Akaun 5644 0900 2243
          Nama Syarikat PUSTAKA AL AZHAR
          Emel penternakjutawan@gmail.com

          - Emelkan makluman pindah wang ke penternakjutawan@gmail.com
          - Emelkan juga nama penuh anda, alamat, nombor telefon dan emel
          2.  Bayar Deposit Tunai RM35 di Kaunter Maybank

          Bank Maybank
          No Akaun 5644 0900 2243
          Nama Syarikat PUSTAKA AL AZHAR
          Sms 017-6686256
          Emel penternakjutawan@gmail.com

          - Selepas bayaran dibuat, sila sms maklumat bayaran
            yang dibuat seperti tarikh, masa dan tempat
          - sms juga nama penuh anda, alamat, nombor telefon dan emel ke

          Emel penternakjutawan@gmail.com
          Sms 017-6686256

          3.  Bayar RM35 menggunakan cek atas nama PUSTAKA AL AZHAR

          - Bank in cek melalui mesin deposit cek ke akaun Maybank
          - Selepas bayaran dibuat, sila sms maklumat bayaran      
            yang dibuat seperti tarikh, masa dan tempat
          - Sertakan bersama nama penuh anda, alamat, nombor telefon dan emel
          - Anda boleh juga menghantar cek terus ke alamat seperti di bawah


          PUSTAKA AL AZHAR
          P.O.BOX 13044,
          50796 KUALA LUMPUR

          NOTA:
          1. Buku yang dipesan akan dihantar menggunakan Pos Ekspres.
          2. Bayaran RM35 itu termasuk dengan kos penghantaran dengan Pos Ekspres.
          3. Penghantaran menggunakan Pos Ekspres untuk alamat di Malaysia sahaja.
          4. Penghantaran hanya akan dibuat selepas bayaran dibuat atau selepas cek yang dihantar clear.
          5. Bayaran yang diterima sebelum jam 12 tengahari hari bekerja, buku akan dihantar pada hari itu juga.
          6. Bagi bayaran yang diterima pada hari cuti, penghantaran akan dibuat hari pertama bekerja pada minggu berikutnya atau hari bekerja keesokan harinya.
          7. Tempoh penghantaran adalah berdasarkan poskod alamat yang diberikan. Zon A - Sehari bekerja berikutnya, Zon B - 2 hari berikutnya, dan Zon C - 3 hari berikutnya. (Sila rujuk terma dan syarat Pos Ekspres)
          8. Apabila buku dihantar, anda akan menerima SMS makluman beserta no. tracking. Anda boleh mengetahui status penghantaran buku melalui laman web www.pos.com.my dengan mengisi no. tracking yang diberikan.