Thursday, June 10, 2010

Rusa Pedaging


 
 
  • Kadar beranak yang tinggi 80 - 90%

  • Ternakan yang tahan hujan dan panas

  • Kadar kematian anak yang rendah 2 - 5%

  • Rusa tidak memilih rumput yang dimakan

  • Daging kurang lemak dan kolestrol serta sedap

  • Dressing percentage dalam lingkungan 60%

  • Rusa cekap menukar rumput kepada daging

  • Perusahaan ternakan yang cepat mengembang serta menggunakan kurang keluasan tanah berbanding dengan ternakan bebiri atau lembu

  • Mendatangkan hasil yang lebih tinggi - 1 ekar/tahun/RM15,000.00


Penternakan Itik


Biasanya itik dibela di kawasan yang berparit atau berkolam kerana dipercayai itik memerlukannya dalam kehidupan untuk membesar dan membiak.  Kebelakangan ini didapati bahawa itik-itk yang dibela secara intensif tanpa air untuk berenang lebih cepat membesar dari sebaliknya.  Dengan menggunakan baka yang baik, pengurusan yang sempurna dan makanan yang seimbang, itik pedaging lebih cepat membesar daripada ayam.
Catatan ini akan memberi panduan secara ringkas mengenai baka, makanan dan pengurusan yang boleh membantu mereka yang berminat untuk memelihara itik jurusan daging.

Baka itik pedaging
(a)   Pekin
(b)   Aylesbury
(c)   Rouen
(d)   Cherry Valley
(e)   Muscovy

Lembu Pedaging

Seorang penternak biasanya menternak tidak lebih 5 ekor lembu. Ternakan itu dianggap sebagai satu tabungan untuk mendapatkan wang di mana terdesak atau untuk kegunaan kenduri perkahwinan anggota keluarga penternak tersebut.

Apabila jumlah lembu telah melebihi 20 ekor, aktiviti penternakan secara sambilan terpaksa ditukar kepada usaha sepenuh masa. Usaha komersial seperti ini semakin popular ketika ini kerana ianya terbukti mempunyai daya maju dan sangat menguntungkan.

Tujuan menternak lembu pedaging ialah:
  • untuk mendapatkan hasil daging
  • untuk meningkatkan pendapatan sama ada pendapatan utama atau pendapatan tambahan.
     
Menternak lembu pedaging adalah lebih mudah berbanding dengan lembu tenusu. Hasil lembu pedaging akan diperolehi setelah lembu-lembu dijual, sama ada sebagai lembu untuk sembelih atau untuk pembiakan. Dengan pengurusan dan penjagaan yang baik, lembu-lembu pedaging akan lebih sihat, gemuk dan memberikan hasil yang lumayan.

Wednesday, June 9, 2010

Penternakan Ayam Kampung Secara Kecil-kecilan

PENDAHULUAN

Aktiviti penternakan ayam kampong telah ujud zaman berzaman sejak datuk nenek kita dahulu. Generasi pertama ayam atau nama saintifiknya Gallus domesticus adalah dari keturunan ayam hutan merah (Gallus gallus) . Dengan kemasukan pedagang-pedagang dari Negeri China lahirlah generasi kedua ayam kampong iaitu kacukan diantara ayam kampong generasi pertama dengan ayam kampong Canton dari Negeri China. Generasi ketiga ayam kampong adalah terhasil dari kacukan beberapa baka asli dari luar negeri yang dibawa oleh penjajah Eropah dengan generasi kedua ayam kampong. Dengan ketiadaan sistem kacukan yang dirancang dan terkawal maka terhasillah berbagai-bagai ayam kampong yang dapat kita lihat hari ini . Adalah sukar untuk menghuraikan jenis-jenis ayam kampong dari sifat-sifat fizikalnya. Perbezaan ketara adalah dari saiz badan juga menjadikan ayam kampong mempunyai ciri-ciri keunikannya tersendiri. Maka lahirlah berbagai gelaran ayam kampong seperti Ayam Botak, Ayam Bulu Balik, Ayam Selasih, Ayam Janggut, Ayam Laga atau Sabung, Ayam Togel, ayam Katik atau Ayam Jepun dan bermacam-macam lagi gelaran mengikut tempat dan loghat.

TUJUAN MEMELIHARA AYAM KAMPONG

Adalah untuk menggalakkan penternak kecil memelihara ayam kampong. melalui aktiviti ini negara dapat mengimport bahan-bahan makanan ayam disamping meningkatkan pengeluaran bahan-bahan makanan ayam tempatan. Disamping itu;
# Telur dan daging untuk makanan keluarga
# Telur boleh ditetaskan untuk pembiakan
# Andai berlebihan boleh dijual untuk menambah pendapatan.

KEISTIMEWAAN AYAM KAMPONG
# Boleh dibiakkan sepanjang tahun
# Boleh dipelihara secara bebas pada waktu siang
# Sisa makanan rumah boleh diberikan tanpa had
# Ibu dapat menetaskan telur dengan sendirinya.
# Ibu boleh mengawal anak-anaknya dari cuaca sejuk dan gangguan musuh.

SISTEM PERUMAHAN
# Reban diperlukan untuk melindungi daripada cuaca buruk dan gangguan musuh. Boleh dibuat menggunakan ” Sistem Lantai Atas ” atau ” Sistem Lantai Bawah .
# 1 ekor ayam memerlukan 1 kaki persegi. Jika 20 ekor ayam, keluasan lantai ialah 20 ekor kaki persegi. reban seluas 4 kaki x 5 kaki memadai.
# kayu hutan, kayu sayung, buluh , dawai mata punai atau pukat
# gunakan peralatan makan/minum yang murah.

PEMAKANAN AYAM

Terdapat dua (2) jenis makanan iaitu:-
# Makanan komersil/dagangan
# Makanan Ayam Permulaan (Layer Starter Mash)
# Makanan Ayam Membesar (Layer Grower Mash/Pellet)
# Makanan Ayam Penghabisan (Layer Finisher Mash/Pellet)
# Makanan Campuran atau Sisa Makanan
# Lebihan nasi, hampas kelapa, isi kelapa
# Dedak, beras hancur, padi, ubi kayu/keledek
# Ikan baja dan lain-lain

PENGURUSAN

Pengurusan anak (1 hari – 4 minggu)
# Pastikan anak ayam mendapatkan suntikan pencegahan penyakit
# Beri makanan bermutu dan minuman secukupnya
# Pastikan ada lampu untuk memberi kepanasan sehingga umur 2 minggu

Peringkat membesar hingga bertelur (4 minggu – 22 minggu)
# Pastikan anak ayam mendapat suntikan pencegahan penyakit
# Boleh dilepaskan pada siang hari
# Makanan campuran atau lebihan sisa makan boleh diberi
# Sediakan sarang bertelur
# Elakkan mengganggu ibu yang sedang mengeram

PEMBIAKAN
# Melibatkan perkahwinan secara tabie/asli
# 1 ekor ayam jantan untuk 10 ekor ayam betina
# Dipelihara di dalam reban dengan penyediaan sarang bertelur
# Tempat yang sunyi,kering dan bebas dari gangguan
# Kebiasaan boleh mengeram sehingga 15 biji telur dalam jangkamasa 21 hari.

KAWALAN DAN PENCEGAHAN PENYAKIT

Penyakit ayam boleh disebabkan oleh:-
# Warisan
# Pemakanan
# Pengurusan
# Persekitaran
# Jangkitan

Langkah-langkah Pencegahan Penyakit
# Reban sentiasa bersih
# Anak ayam bebas dari penyakit
# Jauh dari ternakan dan haiwan lain
# Pelawat perlu dikawal
# Pencegahan adalah lebih baik dari rawatan
# Semua ayam perlu diberi suntikan pencegahan penyakit
# Ayam yang mati hendaklah ditanam atau dibakar untuk mengelakkan jangkitan kepada yang sihat.

Program Pencegahan penyakit
# Umur 1 hari – Sampar Ayam “F” (Biasanya telah dibuat ditempat penetasan)
# Umur 3 – 4 minggu – Cacar Puru ayam dan Sampar “F”
# Umur 6 – 8 minggu – Sampar ” S “


Tanda-tanda Am Ayam Berpenyakit
# Kurang nafsu makan
# Monyok dan tidak aktif
# Pucat, bersin, keluar hingus dari hidung
# Muka bengkak
# Berak cair atau berdarah
# Gangguan saraf seperti sayap lemah, kaki lemah, kepala berputar dan sebagainya.

JENIS-JENIS PENYAKIT AYAM
# Sampar ayam (ND)
# Penyakit Gumboro (IBD)
# Puru
# Salmonellosis
# Pasteurellosis
# Lain-lain

Sekiranya ayam-ayam anda menunjukkan tanda-tanda penyakit, sila dapatkan nasihat daripada pegawai di Jabatan Perkhidmatan Haiwan yang berdekatan.

Thursday, June 3, 2010

Daging Rusa RM50/KG !!!

KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) — Promosi yang terhad dan bekalan yang tidak mencukupi selain harga yang mahal mengekang perkembangan pasaran daging rusa dan burung unta dalam negara, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari Rabu.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mustapa Mohamed berkata ini juga kerana syarikat yang terlibat dalam penternakan haiwan itu sangat kecil walaupun potensi untuk mengembangkan industri itu amat besar.

“Promosinya terhad kerana bilangan syarikat atau individu terlibat tidaklah begitu ramai tetapi potensinya cukup besar kerana kedua-dua jenis daging ini mengandungi protein yang tinggi dan kolestrol rendah.

“Tetapi oleh kerana bekalan terhad maka ini mengekang perkembangan pasaran dan harganya pun agak tinggi di mana daging rusa berharga RM40 hingga RM50 sekilogram,” katanya menjawab soalan tambahan Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang) di sini.

Mustapa berkata kementerian melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar sentiasa memberi bantuan dalam bentuk khidmat nasihat dan teknikal kepada penternak selain Agro Bank yang sentiasa bersedia untuk menimbangkan permohonan pinjaman daripada penternak yang berminat.

“Memandangkan penternakan rusa dan burung unta ini mempunyai potensi besar untuk industri hiliran dan pelancongan agro, maka kerajaan akan menggalakkan penternakan haiwan ini dan jabatan juga menerima beberapa cadangan untuk memajukan sektor ternakan haiwan terbabit dan akan memberi pertimbangan serius terhadap cadangan itu,” katanya.

Terdahulu ketika menjawab soalan asal Datuk Seri Azmi Khalid (BN-Padang Besar), Mustapa berkata Jabatan Perkhidmatan Veterinar mempunyai dua buah ladang rusa iaitu di Sungai Siput dan Lenggong, Perak.

“Pada masa ini jumlah rusa yang diternak ialah kira-kira 1,113 ekor di Sungai Siput dan 1,200 ekor di Lenggong manakala burung unta sebanyak 115 ekor di Sungai Siput,” katanya.

Monday, May 31, 2010

Potensi Pasaran Puyuh

Pengenalan

Penternakan puyuh telah lama dipelihara oleh penternak puyuh tempatan. Hasil utama penternakan ini adalah telur puyuh yang telah sedia ada pasaran tersendiri dan terhad. Pengeluaran daging untuk dimakan adalah dari hasil sampingan penternakan puyuh penelur ini. Puyuh jantan yang tidak diperlukan untuk pengeluaran telur akan diproses dan dijual . Begitu juga puyuh-puyuh penelur yang tua akan diproses dan dijual sebagai daging puyuh. Bagi penternak khusus untuk pengeluaran daging puyuh didapati menggunakan puyuh jenis penelur. Walaupun demikian ada juga terdapat pemeliharaan dari jenis puyuh berbadan besar dari baka yang diimport. Penternakan puyuh masih ditahap kecilan kerana ramai yang menganggap penternakan ini susah untuk mencapai ketahap komersil. Kebanyakan penternakan puyuh mengamalkan cara penternakan yang tradisional. Pembekalan anak puyuh adalah sangat terhad. Punca anak puyuh adalah samada dari ladang sendiri atau dibeli dari penternak lain yang mempunyai penternakan puyuh baka. Kebanyakan penternak puyuh tempatan menggunakan satu jenis puyuh untuk pengeluaran telur dan daging. Penternak baka induk puyuh menggunakan sistem pembiakan kaedah pusingan dimana anak menggantikan induk. Apabila stok induk telah tua dan perlu diganti maka penternak ini akan mengambil telur-telur dari stok ini untuk ditetaskan dan kemudian dijadikan stok induk. Cara penternakan ini telah berjalan dengan lamanya dan didapati hasil pengeluaran dan prestasi puyuh semakin merosot atau tiada perubahan.

Bagi maksud pembangunan industri ini pengkhususan pemeliharaan amatlah penting dijalankan. Pengusaha puyuh perlu menggunakan baka yang sesuai bagi maksud pengeluaran sesuatu komoditi puyuh. Bagi tujuan pengeluaran daging puyuh maka penggunaan baka dari berbadan besar dengan efisiensi pengeluaran yang baik hendaklah digunakan. Pembekalan baka yang bermutu perlu diadakan untuk menjamin efisiensi pengeluaran dapat membawa industri ini ketahap yang lebih menguntungkan. Jabatan Perkhidmatan Haiwan ada mengeluarkan puyuh pedaging berkualiti dengan jenama PUYUH IKTA yang sedang tersebar luas digunakan oleh pengusaha puyuh baka pedaging. PUYUH IKTA dijamin berkualiti tinggi. Puyuh yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan menjalani pembiakan yang terkawal bagi menjamin peningkatan prestasi.

Pengambilan daging puyuh masih ditahap yang rendah kerana pendedahan masyarakat keatas daging puyuh masih terhad. Langkah-langkah memperkenalkan komoditi ini kepada orang ramai sedang giat dijalankan dan dijangka pengambilan keatas daging puyuh ini akan meningkat.

Struktur Industri

Dari tinjauan yang dibuat didapati struktur penternakan puyuh ini sangat kompleks. Ada terdapat bebrapa kategori ladang yang terlibat dengan penternakan puyuh ini. menunjukkan jenis pengusaha puyuh mengikut kategori di Malaysia. Ada pengusaha yang terlibat dengan pengeluaran anak untuk kegunaan daging dan telur. Terdapat pengusaha yang menternak puyuh dari jenis pedaging dan penelur. Walaupun demikian pengusaha puyuh pedaging adalah tertinggi dan merupakan 60% dari jumlah penternak. Penternakan yang mempunyai baka induk dan kemudahan penetasan adalah sebanyak 30 % dari jumlah penternak. Penternak dari kategori ini berperanan membekalkan keperluan anak puyuh kepada industri. Negeri-negeri Perak dan Kelantan mempunyai bilangan pengusaha yang tertinggi.

Pecahan pengusaha mengikut saiz penternakan. Seramai 23 % dari jumlah keseluruhan pengusaha mempunyai populasi penternakan kurang dari 1000 ekor. Sais ladang yang terbanyak adalah diantara 1000 - 3000 ekor. Hanya 12% penternak yang mempunyai sais ladang melebihi 10,000 ekor. Dari maklumat ini didapati kebanyakan pengusaha ternakan puyuh adalah secara kecilan sahaja.